Comments

Pages

Friday, August 3, 2012

Cerita Tentang Tesis...

Posted by at 2:31 AM Read our previous post
Lama dah blog ni berhabuk.... sampai ade org bg komen thn lepas, tahun ni baru bukak... Actually lepas je grad dh x bukak blog ni sbb kononnyer bz keje. Tp skrg rase mcm nk continue balik.. huhu.

Hari ni sy kongsikn sikit pasal tesis sy time final year dlu. Actually buat pasal conservation. Tajuknye KAJIAN TERHADAP KELEMAHAN STRUKTUR TIANG BANGUNAN KAYU BERSEJARAH DI NEGERI SEMBILAN MENGGUNAKAN APLIKASI UJIAN TANPA MUSNAH.

Mak aih!! tajuk pn dh panjang....

Abstrak

Struktur Rumah Tradisional Melayu biasanya dibina menggunakan kayu sebagai bahan utama. Walaubagaimanapun kayu seringkali terdedah dengan masalah yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Di dalam prinsip pemuliharaan, kerja-kerja pemuliharaan bangunan haruslah menggunakan aplikasi dan teknik yang hanya memberi gangguan minimum kepada bangunan. Oleh yang demikian, dalam kajian ini,ujian tanpa musnah digunakan untuk mengesan kelemahan pada struktur tiang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kajian telah dilakukan pada dua buah bangunan kayu bersejarah di Negeri Sembilan. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa ujian tanpa musnah sesuai digunakan dalam kerja pemuliharaan bangunan kerana dapat mengesan kecacatan yang tersembunyi serta tidak mendatangkan kerosakan pada struktur yang diuji.


Ni case study saya yg pertama.... Istana Ampang Tinggi






yang ni pula 2nd case study.... Rumah Negeri Sembilan







No comments:

Post a Comment

© ~ is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template