Pages

Wednesday, May 27, 2009

drawing measured and building measured...

Posted by at 6:51 AM
11 Mei 2009..aduhai!!! exam baru jer abis 2 hb aritu..dh kne masuk short sem lak..agak tensi tp teruja...sbb aper building measured short sem ni kitorg akan pegi KELANTAN...hahahaha... mcm best..tp risau gak.tak tau ler le buat ngn baik atau tak...belasah jerla.janji belajar...buat kater Puan Zuriani, "its ok to make mistake now" jadi biler lagik??? ni la masanyer!!!

kami akan bertolak 14 mei dan pulang pada 24 mei 2009...tak tau la aper yang akan berlaku sepanjang 10 hari kt sana.harap2 semuanya berjalan lancar....

tp sblm pegi banyak gak persediaan yang perlu dilakukan... lepas lecture bg jer asgmt brief dan tempat2 yang akan kami buat building measurement...semua org jadik makin teruja...x sabar2 dah nk tau kumpulan mana and buat bangunan aper...

so mula2 bangunan yg di pilih adalah seperti berikut :
1. Istana Jahar
2.masjid Kg Laut
3.masjid Muhamadiah
4.Istana Balai Besar
5.Istana Batu
6.rumah tradisional...

tah ader beberapa tempat lagik la..yg penting aku xnk bt istana2 ni pasal pe aku dh rase mst susah nk buat sebab banyak kerawang2 la bagai...pastu mst besar punyer la...malas r...aku ingt nk bt masjid kg laut or rumah trasisional jer...kecik sket leh cpt siap...hahahahah...

Saturday, May 23, 2009

Kelantan..oh Kelantan.....

Posted by at 3:25 AM

now at kelantan...hahahah...dh 10 hari kot kt cni. buat building measurement.... bangunan yang aku ukur tu adalah Istana Balai Besar kt Kota Bharu...analisis bangunan ni tujuannyer untuk mendokumentasikan bangnan..that means...kitorg perlu produce dan condition survey report...



Istana Balai Besar adalah terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Istana lama ini telah dibina pada tahun 1844 oleh Sultan Muhammad II yang memerintah dari 1837 untuk 1886. Istana ini dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar. Istana Balai Besar didirikan bagi menggantikan Istana Kota Lama, iaitu pusat pemerintahan kerajaan Kelantan pada awal kurun ke-19.

Kawasan sekeliling istana ini dipagari dengan kayu jenis cengal setinggi 3 meter. Pagar di bahagian hadapan yang terletak di sebelah barat mempunyai tiga buah pintu. Pintu besar terletak di tengah dengan dua buah pintu kecil di kiri kanan pintu tersebut dan pintu utama. Bahagian hadapan istana ini berbentuk sebuah balai besar yang tidak berlantai tetapi mempunyai tiga tingkat. Terdapat juga sebuah rumah besar di belakang istana ini yang dijadikan sebagai tempat kediaman raja-raja. Sebuah surau dan rumah tempat kediaman pengawal raja telah dibina di sebelah hulu istana ini. Keseluruhan istana ini mempunyai rekabentuk yang mencerminkan ukiran tradisi Melayu Kelantan dan Patani.

Istana ini menjadi tempat berlangsungnya semua upacara dan adat-istiadat diraja sejak tahun 1845 seperti istiadat pertabalan atau kemahkotaan dan pengurniaan bintang-bintang kebesaran. Istiadat perkahwinan diraja dan keraian tetamu dari luar negeri juga turut diadakan di istana ini. Sehingga kini, Istana Balai Besar menjadi kebanggaan rakyat negeri Kelantan dan lambang Kesultanan Raja-raja Melayu Kelantan sejak zaman dahulu hingga sekarang dan ia masih digunakan untuk majlis-majlis rasmi negeri Kelantan



© ~ is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template