Comments

Pages

Saturday, May 23, 2009

Kelantan..oh Kelantan.....

Posted by at 3:25 AM Read our previous post

now at kelantan...hahahah...dh 10 hari kot kt cni. buat building measurement.... bangunan yang aku ukur tu adalah Istana Balai Besar kt Kota Bharu...analisis bangunan ni tujuannyer untuk mendokumentasikan bangnan..that means...kitorg perlu produce dan condition survey report...



Istana Balai Besar adalah terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Istana lama ini telah dibina pada tahun 1844 oleh Sultan Muhammad II yang memerintah dari 1837 untuk 1886. Istana ini dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar. Istana Balai Besar didirikan bagi menggantikan Istana Kota Lama, iaitu pusat pemerintahan kerajaan Kelantan pada awal kurun ke-19.

Kawasan sekeliling istana ini dipagari dengan kayu jenis cengal setinggi 3 meter. Pagar di bahagian hadapan yang terletak di sebelah barat mempunyai tiga buah pintu. Pintu besar terletak di tengah dengan dua buah pintu kecil di kiri kanan pintu tersebut dan pintu utama. Bahagian hadapan istana ini berbentuk sebuah balai besar yang tidak berlantai tetapi mempunyai tiga tingkat. Terdapat juga sebuah rumah besar di belakang istana ini yang dijadikan sebagai tempat kediaman raja-raja. Sebuah surau dan rumah tempat kediaman pengawal raja telah dibina di sebelah hulu istana ini. Keseluruhan istana ini mempunyai rekabentuk yang mencerminkan ukiran tradisi Melayu Kelantan dan Patani.

Istana ini menjadi tempat berlangsungnya semua upacara dan adat-istiadat diraja sejak tahun 1845 seperti istiadat pertabalan atau kemahkotaan dan pengurniaan bintang-bintang kebesaran. Istiadat perkahwinan diraja dan keraian tetamu dari luar negeri juga turut diadakan di istana ini. Sehingga kini, Istana Balai Besar menjadi kebanggaan rakyat negeri Kelantan dan lambang Kesultanan Raja-raja Melayu Kelantan sejak zaman dahulu hingga sekarang dan ia masih digunakan untuk majlis-majlis rasmi negeri Kelantan



No comments:

Post a Comment

© ~ is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template