Pages

Monday, March 1, 2010

Buluh dan Panas...

Posted by at 1:52 AM
Suhu panas yang agak melampau yang melanda seluruh negara amat membimbangkan banyak pihak. Kita juga turut merasa kesannya apabila masing-masing tidak dapat tidur lena, demam dan batuk pada musim 'panas' seperti ini. Jabatan kaji cuaca mengeluarkan kenyataan bahawa ini merupakan fenomena biasa akibat perubahan monsun dan bakal berakhir sekitar akhir Mac ini. Bagi masyarakat biasa mereka beranggapan cuaca panas ini merupakan kesan pemanasan global yang mula dirasai penduduk dunia. Namun begitu ada juga yang beranggapan bahawa ini merupakan petanda semakin dekatnya hari kiamat...mungkin.....

Walau bagaimanapun isu 'panas' ini membawa fenomena baru kepada industri pembinaan di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini pembinaan yang dianggap eksotik semakin banyak dilihat. bahan binaan tradisional seperti atap nipah, kayu, buluh dan sebagainya kembali mendapat perhatian. Ramai yang kini mahu membina kediaman yang nyaman dan sekali gus dikatakan sebagai energy saving kerana rumah yang seperti ini tidak perlu pemasangan alat penghawa dingin sebaliknya menggunakan pengudaraan semulajadi.

okla..tak perlu nk cerita panjang, saya nk berkongsi tentang sebuah rumah yang dibina daripada buluh aplikasi dari teknologi pembinaan dari Sunda, Indonesia. Bahan-bahan seperti buluh, jut dan juga gentingnya turut dibawa dari sana.

Mari kita lihat...


Pandangan dari hadapan. Rumah ini sudah hampir 90% siap.


Lihat pula pandangan perspektifnya dari sebelah kiri.


Pandangan sebelah belakang.



beginilah rupa buluh yang telah dianyam untuk dipasang sebagai dinding


kita lihat sebelah dalam pulak ye...





ruang tamu



lighting




kipas angin




tingkat 2

oklah..setakat ni dulu yang sempat..sebenarnya banyak lagi gmbr nk upload...tp x sempat dek kesibukan menyiapkan tesis... ader masa sy sambung lagi ye...

Wednesday, February 24, 2010

Juruukur Bangunan patut diiktiraf

Posted by at 12:06 AM
Tarikh: 13/08/2007

Surat Khabar: Berita Harian

PENGANJURAN Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara (Nafam) hari ini dan esok adalah bukti bahawa kerajaan benar-benar inginkan pembaharuan dalam sistem pengurusan dan penyelenggaraan bangunan awam yang hilang hala tuju dan keberkesanannya.

Keperluan mengadakan konvensyen yang julung kali ini kelihatan begitu mendesak berikutan beberapa siri kerosakan bangunan kerajaan yang begitu hangat dilaporkan media tempatan sehinggakan ia secara tidak langsung mencalar kredibiliti Jabatan Kerja Raya (JKR) yang selama ini diberi kepercayaan dalam mengurus serta memantau kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan awam.

Bertitik-tolak daripada peristiwa itu, Kementerian Kerjaraya (KKR) memaklumkan kepada umum bahawa segala masalah berkenaan akan diatasi dengan merangka pelan jangka panjang iaitu mewujudkan Bahagian Juruukur Bangunan dan Unit Penyelenggaraan Pusat di bawah JKR bagi memantau serta mengurus kerja penyelenggaraan dan kawalan pembinaan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Usaha itu dibuat selepas KKR mendapati bahawa jurusan Juruukur Bangunan adalah satu-satunya kursus ditawarkan institusi pengajian tinggi awam dengan memberi tumpuan khusus kepada aspek kawalan pembinaan dan penyelenggaraan bangunan bagi memastikan sistem serta prosedur kerja dapat diseragamkan di bawah unit berkenaan.

Tanpa unit berkenaan, proses membaiki terutama apabila ia membabitkan keruntuhan struktur bangunan akan mengambil masa lama termasuk urusan penyediaan kertas cadangan pembaikan dan pelantikan kontraktor.

Proses itu akan menyebabkan kerosakan menjadi bertambah buruk dan kosnya terus meningkat, selain pekerja tidak dapat bertugas dengan selesa.

Apa yang menjadi harapan dengan berlangsungnya Nafam 2007 nanti ialah peranan Juruukur Bangunan perlu diiktiraf sejajar pengetahuan dan kemampuannya dalam membantu kerajaan mengurus serta melaksanakan kerja penyelenggaraan bangunan dengan lebih berkesan.

Kebolehan Juruukur Bangunan tidak perlu dipertikaikan kerana kesediaan KKR untuk mewujudkan Bahagian Juruukur Bangunan di JKR adalah satu pengiktirafan kementerian terbabit.

Selain itu, profesion ukur bangunan ini sememangnya sudah lama mendapat pengiktirafan daripada Institute of Surveyor Malaysia, Royal Institute of Chartered Surveyor, United Kingdom, Balai Ikhtisas Malaysia, Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi melakukan kerja kawalan dan pemeriksaan bangunan.

Juruukur Bangunan boleh memastikan undang-undang bangunan dipatuhi dan memeriksa keadaan bangunan serta keperluan keselamatan, menasihati kerja perubahan, penambahbaikan, pemuliharaan bangunan, keperluan insurans dan pengurusan guna ruang.

Apa juga rumusan yang akan dibuat dan dilaksanakan Nafam 2007 diharap dapat memberi sedikit berita gembira buat ribuan graduan Juruukur Bangunan yang menanti hampir 13 tahun bagi mendapatkan pengiktirafan kerajaan dalam membela nasib mereka untuk sama-sama memainkan peranan dalam industri pembinaan dan pengurusan bangunan negara.

Nafam 2007 dijangka akan lebih berjaya dan dapat merealisasikan segala objektif dirangka dengan lebih cepat dan sistematik kerana kaedah pelaksanaannya digalas mereka yang pakar iaitu hasil gabungan tenaga pakar yang terdiri daripada Arkitek, Jurutera serta Juruukur Bangunan yang sememangnya dilatih dalam aspek pembinaan secara mendalam.

Semua kerosakan membabitkan aset kerajaan dapat diuruskan secepat mungkin tanpa perlu melalui kerenah birokrasi. Cara ini juga dapat membaiki sistem penyampaian kerajaan yang selama ini dipertikaikan banyak pihak termasuk Perdana Menteri sendiri.



Monday, February 15, 2010

Masjid Ikhsaniah Iskandariah, Kuala Dal, Padang rengas Perak.

Posted by at 8:43 AM
Dalam perjalanan pulang dari Taiping beberapa minggu lalu, kami sempat singgah di sebuah masjid yang baru sahaja selesai di konservasi oleh Jabatan Warisan Negara. Disini saya sempat merakam beberapa keping gambar semasa singgah di sana serta gambar-gambar masjid ini sebelum di konservasi yang saya perolehi dari internet sekadar untuk berkongsi. Sayangnya saya masih belum menemui gambar-gambar lama yang jelas menunjukkan keadaan masjid ini semasa ia masih elok dan digunakan. Kalau sape2 ade tolong la post kat saya... saje nak buat koleksi...




~Pandangan Dari Luar Masjid~






~keadaan dinding luar masjid sebelum dan selepas konservasi~



~Bumbung masjid yang bakal runtuh sebelum di konservasi~



~Masjid ini tidak mempunyai kubah dan minaret tetapi mempunyai elemen segi empat pada keempat-empat penjuru masjid~







~ukiran yang patah telah diperbaiki~


Tingkat bawah masjid ini biasanya dijadikan dewanserbaguna serta kelas mengaji, kelas dewasa, kelas KEMAS dan Majlis Berbuka Puasa. Mari kita lihat lebih dekat....




~Tingkat Bawah masjid sebelum dan selepas konservasi.~



~siling yang telah dicat seperti warna asal~

ok, mari kita lihat pula tingkat atas masjid ini....





Terdapat sebuah tangga disebelah luar masjid...





~Mimbar masjid sebelum dan selepas konservasi~










~Dinding sebelah dalam ruang solat yang telah diperbaiki. Cahaya matahari yang masuk melalui celah-celah anyaman kelarai mewujudkan suasana indah di ruang solat~

Beberapa elemen lain yang menarik di masjid ini....


Plat asal ini bertulis (lebih kurang seperti ini),
' Masjid Ihsaniah Iskandariah..
dibuka oleh Yang Maha Mulia Seri Sultan Iskandar Syah, Yang Dipertua Negeri Perak Darul Ridzwan kepada hari Jumaat, 10 Zulhijjah 1356 bersamaan 11 Februari 1938.'


~Ukiran dan elemen pengudaraan semulajadi membuatkan kami rasa sejuk walaupun cuaca pada masa itu panas terik.~


~Ukiran bermotif bunga matahari menghiasi dinding masjid~


~anyaman tepas/kelarai dilihat dari dekat~


~keadaan pintu masjid yang masih elok~


~Keratong~



~Kolah untuk mengambil wuduk~

Serba sedikit sejarah masjid ini....

Masjid Lama Kampung Kuala Dal telah dibina oleh Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 pada tahun 1936. Berdasarkan pahatan tulisan yang terdapat pada papan plak perasminan masjid, mengisahkan majlis perasmian telah diadakan pada hari Jumaat tanggal 10 Zulhijjah pada tahun 1356 Hijrah bersamaan dengan 11 Februari 1938 oleh Sultan Iskandar Syah. Masjid ini telah dibina oleh Sultan Iskandar Syah pada masa itu bersempena menunaikan hajat baginda. Baginda Sultan telah berniat atau bernazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang daripada anakanda baginda telah sembuh dari gering. Lokasi Kampung Dal menjadi pilihan kerana baginda dan para pembesar serta kerabat DiRaja sering pergi berkelah di Lata Bubu iaitu kawasan perkelahan DiRaja yang berhampiran dengan kampung tersebut. Di dalam perjalanan baginda sering melihat orang-orang kampung tersebut bersembahyang di madrasah yang telah usang. Maka lahirlah rasa belas kasihan baginda terhadap penduduk setempat, dengan itu masjid yang telah siap dibina itu dinamakan Masjid Ikhsaniah Iskandariah. Masjid yang dibina dengan wang ihsan daripada Sultan Iskandar Syah itu menelan belanja sebanyak RM 8,000 dan telah dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan secara lisan oleh seorang bangsawan iaitu Juragan Abdul Syukur bin Mohamad Ali. Pembinaan masjid ini diketuai oleh tukang berbangsa Cina dan dibantu oleh orang-orang kampung tersebut secara bergotong-royong di dalam menyiapkan kerja-kerja mengayam dinding tepas atau kelarai dan ukiran kayu. Tukang kayu mahir seperti Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulup Ngah adalah diantara Sembilan individu yang turut menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka semasa pembinaan masjid dijalankan. Masjid ini mempunyai ciri-ciri seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan dikatakan daripada hasil ilham baginda Sultan Sendiri.


Cuaca panas terik (sampai tidak mampu membuka mata) menyebabkan kami tidak boleh lama berada di sini. Syukur kerana sebuah lagi bangunan warisan dapat dipulihara. Semoga masyarakat tempatan dapat memanfaatkan masjid ini dan menjaganya dengan sebaik mungkin...

Tuesday, February 2, 2010

~From Taiping With Love~

Posted by at 6:53 AM
Program lawatan ke Taiping, Perak kali ini merupakan kesinambungan daripada siri lawatan ke Kuala Lipis kira-kira 2 minggu yang lalu. Bezanya kali ini tujuan lawatan akademik yang diatur adalah sebagai langkah dalam meninjau pemeliharaan Bandar Taiping sebagai Bandar warisan dan mengadaptasikan apa yang kami perolehi di sini dalam cadangan konservasi bangunan warisan di Kuala Lipis. Disamping itu juga sebagai aktiviti tambahan kami melakukan kerja gotong-royong dan khidmat masyarakat di Rumah Anak Yatim Nurhidayah, Kampung Cheh,Changkat Jering kira-kira 20km daripada Bandar Taiping.

Mengapa Taiping dipilih sebagai rujukan bagi cadangan pemuliharaan bangunan bersejarah di Kuala Lipis? Sebenarnya program ini merupakan idea pensyarah kami iaitu Puan Zuraini dan Puan Rodiah. Pemilihan Taiping dibuat berdasarkan sejarah pembangunan Bandar tersebut yang bermula dengan industri perlombongan. Bezanya Taiping lebih maju dan bandarnya berkembang pesat pada masa itu.






Program kali ini diatur oleh kumpulan Cabana. Mohd Hafiz Mahmoor selaku pengarah projek sentiasa memastikan segala persiapan dan buget untuk program ini disusun rapi. Oleh yang demikian beberapa siri perbincangan dan taklimat telah diadakan bagi tujuan tersebut. Jurnal kali ini kami paparkan lebih banyak gambar kerana banyak perkara yang boleh diungkapkan melalui gambar-gambar berbanding penceritaan.

Sesi ceramah oleh pensyarah jemputan dari UiTM Perak. Dr Norlizaiha tentang pengalaman beliau dalam konservasi.



Jumaat, 29 Januari 2010

Bas bertolak meninggalkan terminal bas UM kira-kira jam 3 petang. Sebelum itu pada paginya persiapan dan barang-barang yang ingin dibawa telah dikumpulkan dan diatur dengan baik. Barang-barang tersebut terdiri daripada pakaian lama dan juga cenderahati yang akan disumbangkan semasa program bersama anak yatim nanti. Tidak kurang juga sumbangan berupa wang ringgit yang dihulurkan oleh pensyarah pada saat-saat akhir. Cuma apa yang dikesalkan kami tidak sempat mengadakan jumbo sale untuk mengutip lebih banyak dana untuk disumbangkan kepada anak yatim


Berbalik kepada cerita perjalanan kami ke Taiping. Petang itu hujan renyai-rengai mengiringi perjalanan kami sebaik sahaja bas meninggalkan UM. Perjalanan memakan masa kira-kira 7 jam dari Kuala Lumpur. Masing-masing sudah gelisah kerana perjalanan memakan masa terlalu lama. Tambahan pula bas dipandu perlahan dan kami singgah sebanyak 2 kali untuk rehat dan makan. Agak mendukacitakan kerana kali ini bas yang kami naiki adalahbas yang agak lama usianya. Tetapi apa boleh buat. Perjalanan tetap diteruskan

Kami sampai di tempat penginapan kira-kira jam 10 malam. Akibat amat keletihan kami semua tidak sabar-sabar untuk check in. Homestay Taman Hill View tempat kami menyewa merupakan rumah teres yang disewakan oleh pemiliknya untuk sesiapa yang ingin menginap di Taiping. Sebanyak 4 rumah telah disewakan. 1 rumah untuk pelajar perempuan dan 2 rumah untuk pelajar lelaki dan 1 rumah untuk pensyarah. Malam itu tiada sebarang aktiviti dijalankan. Hasrat untuk ke Tesco untuk membeli barang-barang dan hamper untuk anak yatim dibatalkan memandangkan kami tiba agak lewat dan keletihan.


Sabtu, 30 Januari 2010

Program yang akan diadakan pada hari ini adalah heritage trail di sekitar Bandar Taiping. Seawal 8 pagi kami bergerak meninggalkan rumah penginapan kerana tidak sabar untuk mengikuti heritage taril tersebut. Tidak mahu mengulas panjang, mari kita lihat gambar.


Pagi itu kehadiran kami disambut oleh Encik Hisyam. Beliau menerangkan seba sedikit mengenai Bandar Taiping sebelum membawa kami menyusuri Bandar Taiping yang bersejarah.



Tengahari itu, kami singgah makan tengahari di Kuala Sepetang. Kami singgah makan Mee Udang di Gerai Mak Jah.

Tu dia...menu special di Gerai Mee Udang Mak Jah..serba-serbi udang...nasib baik xder jus fresh udang ker... ABC udang ataupun Teh O ais udang...hik3x


Koey Teow Goreng Udang

Nasi Goreng Udang

Menikmati Mee Udang...jemput makan ye...


di sebelah petang, masing-masing memulakan survey di bangunan bersejarah yang telah ditetapkan.


Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama

Perpustakaan Merdeka

ni pulak pondok jer..telefonnyer takde pun... terletak di hadapan clock tower

Bangunan Persatuan Kwangtung




Stesen Keretapi Taiping


Malam itu kami menikmati BBQ dinner di bandar Taiping.


Sedikit aktiviti...


31 Januari 2009
Khidmat Masyarakat yang Mengembirakan
Lokasi : Rumah Anak Yatim Nurhidayah, Kg Cheh, Changkat Jering, Perak





Kedatangn kami disambut oleh Tuan Haji Manaf selaku Pengerusi rumah anak yatim Nurhidayah...

Ape lagi...sama bergotong royong mengindahkan rumah anak yatim ini...








Yang ini...En Hazreel...Tutor kami..sedang mencatat sesuatu... tak tahu la...kehadiran kot...hik3



pada sebelah petang, mengadakan sedikit aktiviti seperti LDK bersama penghuni di sini...










Rumah anak yatim kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan...


© ~ is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template